MESYUARAT MEMBINCANGKAN SISTEM ULTRAVIOLET GERMICIDAL IRRADIATION (UVGI) BAGI TUJUAN PEMBASMIAN MIKROORGANISMA DAN KULAT DI DALAM SISTEM PENGHAWA DINGIN DI HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA (ANM)

Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) merupakan satu kaedah pembasmian yang menggunakan sinaran ultraviolet spektrum C (UV-C) bagi tujuan menginaktifkan mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat. Dalam konteks fasiliti kesihatan, UVGI telah digunakan secara meluas sebagai salah satu kaedah tambahan kawalan jangkitan, terutamanya untuk menyahcemar udara dan permukaan serta meningkatkan kualiti udara dalaman. Sebagai langkah pasca pandemik COVID-19, pemasangan teknologi UVGI dalam sistem penghawa dingin hospital dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan yang selamat dan berkesan untuk membasmi mikroorganisma dan kulat di fasiliti penjagaan kesihatan. 

Sehubungan itu, Mesyuarat Membincangkan Sistem Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) Bagi Tujuan Pembasmian Mikroorganisma dan Kulat di Dalam Sistem Penghawa Dingin di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal pada 27 Ogos 2025. 

Mesyuarat ini mengumpulkan kepakaran pelbagai bidang termasuklah Perubatan Penyakit Berjangkit, Kejuruteraan, Sains Nuklear, Pemprosesan Sinaran serta Bahagian Perancangan KKM berjaya menghasilkan draf pertama yang bertajuk Specification For Installation Of Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) Within Heating, Ventilation, And Air Conditioning (HVAC) Systems In Ministry Of Health (MOH) Hospitals And Medical Institutions.