Pada tahun ini Unit Kawalan Infeksi diberi kepercayaan oleh World Health Organisation (WHO) untuk berkolaborasi dalam membangunkan Modul Latihan Pencegahan dan Kawalan Infeksi secara pendekatan Open Learning. KKM turut bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang membenarkan penggunaan E-Pembelajaran Sektor Awam sebagai platform bagi modul latihan ini. Pada 9hb Jan 2023 yang lalu, mesyuarat membincangkan penyediaan modul telah dijalankan dengan penglibatan IPC personnel dari Unit Kawalan Infeksi, hospital-hospital KKM dan PPUM.