Mesyuarat Koordinasi TWG di bawah National Antimicrobial Resistance Committee (NARC)

Unit Kawalan Infeksi. Antimicrobial Resistance telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam terbesar di peringkat global. Malaysia telah menjalankan pelbagai inisitiatif bagi mengekang peningkatan AMR. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Koordinasi TWG di bawah National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah dijalankan pada 10.3 2023 secara hibrid bertempat di Blok E1. Empat TWG yang terdiri daripada pelbagai kementerian iaitu KKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NERCC) yang mewakili kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran serta keselamatan makanan telah menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti dalam Malaysian Action Plan on AMR (MyAP-AMR) 2022-2026 serta memperhalusi indicator outcome yang perlu dicapai menjelang 2026. Pengawalan Antimicrobial Resistance memerlukan komitmen pelbagai pihak berkepentingan (stakeholder) untuk memastikan antibiotik kekal berkesan dalam merawat penyakit berjangkit pada masa ini dan juga masa hadapan.