Mesyuarat JK Substantif sempena Kepengerusian ASEAN-KKM Bil.1/2026

Pada 3 Mac 2026, Mesyuarat JK Substantif sempena Kepengerusian ASEAN-KKM Bil.1/2026 telah dihadiri dalam talian oleh wakil Unit Kawalan Infeksi, CPRSK selaku Focal Point IPC & AMR. Jawatankuasa ini berperanan untuk membincangkan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran mesyuarat dari sudut substantif, mengenal pasti menyelaras priority areas, deliverables dan dokumen hasil mesyuarat ASEAN serta melaporkan status kemajuan perkara berkaitan substantif.

Mesyuarat telah membincangkan persediaan sempena penganjuran mesyuarat ASEAN yang akan dijalankan pada tahun 2026, iaitu Collective Development Meeting and Workshop, 20th Senior Officials’ Meeting on Health Development (SOMHD) dan 17th ASEAN Health Ministers Meeting.

Selain itu, mesyuarat telah mengemaskini status terkini penyertaan negara dalam aktiviti AHC 1-4, terutamanya AHC 2 (HP 8 dan HP 11), serta dimaklumkan mengenai End Term Review of the ASCC Blueprint 2025, di mana Dr. Nor Farah binti Bakhtiar merupakan salah seorang Focal Point yang turut ditemuduga dalam Focus Group Discussion.