Pada 2 Disember 2025, Dr. Nor Farah dan Dr Farah Syazana daripada Unit Kawalan Infeksi, CPRSK selaku Focal Point IPC dan AMR telah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Substantif Sempena Kepengerusian ASEAN Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan KPK (Kesihatan Awam). Mesyuarat yang dijalankan secara hybrid ini bertujuan untuk membincangkan perancangan bagi aktiviti ASEAN bagi tahun 2026 bersama Cawangan Global Health dan Country Coordinators.
Perkembangan terkini aktiviti dalam bidang keutamaan telah turut dibentangkan beserta cabaran dan strategi pelaksanaan masing-masing. Perancangan lebih awal dalam mesyuarat ini juga adalah penting untuk memastikan isu pembiayaan, logistik dan urusan diplomatik adalah teratur dan berjalan lancar, terutamanya untuk Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD) dan ASEAN Health Ministers Meeting (AHMM) akan datang.


