MESYUARAT JAWATANKUASA SAINTIFIK 7th NATIONAL WOUND CARE CONFERENCE 2025 BIL. 2/2025

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Saintifik bagi 7th National Wound Care Conference (NWCC) 2025 Bil. 2/2025 telah diadakan secara hibrid pada 29 Mei 2025. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan turut disertai secara atas talian melalui Google Meet.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Mr. (Dr.) Azuhairy Azid, selaku Pengerusi Jawatankuasa 7th National Wound Care Conference (NWCC) 2025, dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Saintifik NWCC 2025 yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan perkembangan terkini oleh pihak sekretariat yang merangkumi status abstrak yang diterima, senarai penceramah, bilangan penyertaan semasa serta senarai penaja yang telah mengesahkan pengambilan reruai pameran dalam persidangan ini. Perbincangan turut menyentuh aspek penyelarasan sesi pre-conference, serta keperluan teknikal semasa sesi persidangan.

Kerjasama dan sumbangan idea daripada semua ahli mesyuarat amat dihargai dalam memastikan kandungan saintifik 7th NWCC 2025 mencapai tahap kualiti yang tinggi. Penganjuran persidangan tahun ini dijangka akan menarik penyertaan meluas dari seluruh negara serta memperkukuh rangkaian profesional dalam penjagaan luka.