Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan (JKKIAK)

17 Mei 2023Mesyuarat ini telah dikoordinasikan secara bersama oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Program Perkhidmatan Farmasi dan Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Pengarah atau wakil dari pelbagai Bahagian, Koordinator Kawalan Infeksi Negeri dan wakil wakil hospital universiti. Mesyuarat telah membincangkan isu berkaitan kawalan infeksi, penggunaan antibiotik dan Antimicrobial Resistance (AMR) di fasiliti-fasiliti kesihatan. Pencegahan dan kawalan infeksi serta pengawalan AMR memainkan peranan penting dalam mengelakkan healthcare-associated infection (HCAI) dan menangani peningkatan AMR yang semakin membimbangkan.