Sebagai sebahagian daripada persiapan bagi 7th National Wound Care Conference, satu sesi lawatan tapak telah dijadualkan pada 14 Januari 2025 (Selasa) bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan kemudahan di lokasi bagi memastikan segala keperluan logistik serta persiapan teknikal dapat diselaraskan dengan baik sebelum acara berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2025.
Pada lawatan tapak ini, turut diadakan mesyuarat bersama pasukan pengurusan acara bagi membincangkan aspek perancangan, penyelarasan teknikal, susun atur ruang, serta keperluan fasiliti bagi memastikan kelancaran majlis. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan program agar berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Persidangan ini dianjurkan dengan kerjasama National Wound Care Committee, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Hospital Pulau Pinang, dan Malaysian Wound Care Association (MyWCA) sebagai usaha meningkatkan kualiti penjagaan luka di peringkat nasional.


