Lawatan Kumpulan Pakar Ke Malaysia Bagi Penilaian Projek “Improving The Tricycle Protocol: Upscaling To National Monitoring, Detection Of Carbapenemase Producer E.Coli And Enterobacterales (CPE) And WGS Pipelines For One Health Surveillance” (TRIuMPH)”Joint Programming Initiative on Antimicrobial Resistance (JPI AMR)

•8-10 Mei 2023 Lawatan Kumpulan Pakar Ke Malaysia Bagi Penilaian Projek “Improving The Tricycle Protocol: Upscaling To National Monitoring, Detection Of Carbapenemase Producer E.Coli And Enterobacterales (CPE) And WGS Pipelines For One Health Surveillance” (TRIuMPH)”Joint Programming Initiative on Antimicrobial Resistance (JPI AMR) iaitu satu organisasi global kerjasama 29 negara bagi menangani Antimicrobial Resistance (AMR) melalui “Network for Enhancing Tricycle ESBL Surveillance Efficiency” (NETESE) sedang menerajui projek “Improving the Tricycle Protocol: Upscaling to National Monitoring, Detection of CPE and WGS Pipelines for One Health Surveillance” (TRIuMPH) dimana Malaysia turut terlibat sama dengan 4 negara lain bagi menjalankan projek ini. Projek bertujuan untuk memantau prevalen Antimicrobial Resistance (AMR) iaitu indikator prevalen ESBL-Ecoli dan CPE melalui pendekatan “One Health” yang melibatkan kesihatan manusia, rantaian makanan dan alam sekitar di fasiliti-fasiliti yang telah ditentukan di sekitar Selangor dan Seremban. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan dan Institut Penyelidkan Perubatan adalah selaku koordinator bagi projek ini dimana ia adalah salah satu projek di bawah pelan tindakan Malaysian Action Plan on AMR (MyAP-AMR).Bagi memantau pelaksanaan projek ini, satu lawatan kumpulan pakar yang mengetuai projek tersebut daripada Netherlands telah diadakan ke Malaysia pada 8 -10 Mei 2023. Lawatan selama 3 hari tersebut telah bermula dengan mesyuarat pembukaan di Everly Hotel yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Veterinar serta wakil -waki Jabatan Perkhidmatan Veterinar , wakil-wakil Kementerian Kesihatan Malaysia serta wakil daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) diikuti dengan lawatan ke fasiliti-fasiliti yang terlibat di dalam projek ini termasuk Hospital Tuanku Jaafar, Klinik Kesihatan Seremban , Makmal Veterinar Zon Tengah , Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan , NAHRIM dan Insititut Penyelidikan Perubatan. Lawatan ini diadakan bagi menilai proses kerja dan berbincang mengenai implementasi projek di negara ini.