KONGRES ANTARABANGSA KE-11 PERSATUAN KAWALAN JANGKITAN ASIA PASIFIK (APSIC) 2024 DAN PENYERAHAN TUGAS PENGANJURAN APSIC KE-12 2026 KEPADA DELEGASI MALAYSIA

KONGRES ANTARABANGSA KE-11 PERSATUAN KAWALAN JANGKITAN ASIA PASIFIK (APSIC) 2024 DAN PENYERAHAN TUGAS PENGANJURAN APSIC KE-12 2026 KEPADA DELEGASI MALAYSIA

25-28 JULAI 2024

Pada 25 sehingga 28 Julai 2024, telah berlangsung Kongres Antarabangsa ke-11 Persatuan Kawalan Jangkitan Asia Pasifik (APSIC) di kota budaya dan bersejarah Jakarta, Indonesia di mana pegawai daripada Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan dan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM berkesempatan untuk menghadiri persidangan tersebut.

Persidangan APSIC 2024 dianjurkan oleh APSIC dan Persatuan Kawalan Jangkitan Indonesia (INASIC). Bertemakan Infection Prevention and Control for All: Implementation in Healthcare Settings and Community, persidangan ini bertujuan untuk mengumpulkan profesional dalam bidang kawalan infeksi daripada pelbagai disiplin di rantau Asia Pasifik untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan penemuan penyelidikan serta peningkatan kualiti dengan memudahkan pertukaran maklumat. Agenda APSIC 2024 merangkumi pelbagai aspek pencegahan dan kawalan infeksi yang dijalankan dalam bentuk bengkel, plenary session, concurrent session dan mesyuarat khas.

Sepanjang tempoh persidangan ini, Malaysia turut mempromosikan APSIC ke-12 2026 di mana Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan APSIC yang seterusnya. Pada hari terakhir persidangan, satu sesi upacara penyerahan tuan rumah kepada Malaysia telah diadakan.

Penyertaan anggota dalam program ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti bagi membantu anggota menjalankan tugasan dengan lebih cekap dan berkualiti.