JOINT REGIONAL WORKSHOP WITH ICARS ON “AMR, ONE HEALTH AND LEAVING NO ONE BEHIND” 

JOINT REGIONAL WORKSHOP WITH ICARS ON “AMR, ONE HEALTH AND LEAVING NO ONE BEHIND” 

Food and Agriculture Organization (FAO) dan International Centre for Antimicrobial Resistance Solutions (ICARS) telah menganjurkan bengkel yang telah menghimpunkan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor bagi meneroka kaitan antara rintangan antimikrob (AMR), One Health Approach dan aspek keadilan sosial termasuk jantina serta penentu sosial kesihatan yang lain.

Objektif bengkel adalah:

i. Meningkatkan pemahaman tentang dimensi sosio-budaya dan dinamik kuasa yang mempengaruhi AMR dan AMU;

ii. Berkongsi bukti dan pandangan berasaskan amalan bagi mengurangkan beban negatif dan ketidaksamaan yang berkaitan dengan AMR;

iii. Menggalakkan penyelidikan yang responsif gender dan berorientasikan kesaksamaan mengenai AMR;

iv. Mengukuhkan hubungan antara penyelidikan dan dasar, dan

v. Mengenal pasti bidang keutamaan untuk penyelidikan dan pembangunan dasar bagi meningkatkan pelaksanaan pendekatan AMR yang saksama dalam kerangka One Health.

Sejumlah 100 orang peserta telah menghadiri bengkel ini, terdiri daripada pihak kerajaan, akademia dan pertubuhan bukan kerajaan daripada Kesatuan Eropah yang terlibat dalam projek AMR, penyelidik dan pakar bidang dalam projek yang disokong oleh ICARS di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika, Ibu Pejabat FAO dan FAORAP, ICARS serta wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan. Unit Kawalan Infeksi diwakili oleh Dr Farah Syazana Aspar bersama-sama wakil Malaysia Prof Dr.  Zunita Zakaria Director, Institute of Bioscience, Universiti Putra Malaysia dan Dr Tengku Zetty Maztura Tengku Jamaluddin selaku AMR Consultant daripada WHO Country Office Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore.

Bengkel ini telah berjaya menghasilkan SWOT Analysis serta pemilihan bidang keutamaan berdasarkan impak dan kebolehlaksanaan dalam polisi dan tadbir urus, penyelidikan, amalan dan tindakan merentas bidang. Selain itu juga, delegasi Malaysia telah membentangkan poster bertemakan “Biggest Challenges & Game-Changing Solutions” yang bertajuk “Factors influencing inappropriate use of antibiotics: Findings from a nationwide survey of the general public in Malaysia” berdasarkan kepada penemuan kertas kajian yang dijalankan pada tahun 2021 hasil kerjasama KKM dengan Universiti Malaya.