Syarikat O&M Halyard (Owens & Minor | Halyard Health) merupakan sebuah syarikat pengeluar produk IPC seperti personal protective equipment(PPE), surgical drapes and gowns, sterile barrier systems, sterilization wraps, and environmental hygiene. Syarikat ini bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Society of Infection Control And Infectious Diseases (MyICID) dalam usaha pencegahan dan kawalan infeksi (IPC).
Pada 17 Oktober 2025, pihak syarikat telah memberi pembentangan mengenai syarikat dan produk, serta jalinan kerjasama yang telah berjaya diadakan antara syarikat dan entiti kesihatan. Antaranya ialah pelaksanaan Fit Testing N95 untuk anggota perubatan di HTAR, Klang melalui syarikat pengeluar, Lumiere Med Sdn. Bhd, kerjasama dengan NIOSH, penganjuran webinar dengan persatuan perubatan dan 2025 Annual Infection Control Conference (ACIPC) di Tasmania. Terkini, syarikat ini akan terlibat sebagai salah satu penaja dalam The 12th International Congress of the Asia Pacific Society of Infection Control (APSIC 2026) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Julai -2 Ogos.
Dalam sesi ini juga, Dr. Nor Farah binti Bakhtiar telah dijemput untuk memberi pembentangan mengenai inisiatif kerajaan dalam usaha pencegahan dan kawalan infeksi. Beliau telah menyampaikan aktiviti dan pencapaian Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan selaku sekretariat dan koordinator teknikal dalam jawatankuasa di peringkat nasional, iaitu National Infection and Antibiotic Control Committee (NIACC), National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) dan National Wound Care Committee (NWCC).
Selaku ahli dalam MyICID IC Interest Group, Dr. Nor Farah binti Bakhtiar (Ketua Unit Kawalan Infeksi, BPP) bersama Dr Tengku Zetty Maztura Tengku Jamaluddin (Head of Infection Control, UPM) and Dr Alwani (Infection Control Department, UMMC) telah membincangkan kerjasama antara MyICID dan Syarikat O&M Halyard dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam IPC. Antara perkembangan terbaharu yang dikenalpasti berdasarkan kajian terkini adalah sustainability and carbon footprints dan life cycle analysis of single-use products. Berdasarkan perbincangan pada kali ini, pihak syarikat seterusnya akan menyediakan pembentangan berserta teknologi dan bukti saintifik yang terkini untuk dikongsikan dengan peserta dalam APSIC 2026 kelak.


