•Pada 23-24 Mei 2023, Unit Kawalan Infeksi yang merupakan IPC Task Force bagi Malaysia telah menghadiri First Meeting of ASEAN-U.S. IPC Task Force yang diadakan di Singapura.Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan ASEAN-U.S. IPC Task Force Work Plan 2023-2025, garis masa untuk menjalankan aktiviti yang disenaraikan di dalam ASEAN-U.S. IPC Task Force Work Plan 2023-2025 dan membincangkan aspek pentadbiran dan pengurusan task force berdasarkan terma rujukan yang dipersetujui. Pelancaran rasmi ASEAN-U.S. IPC Task Force ini akan dijalankan sebagai acara sampingan di 17th SOMHD and Related Meetings yang dijadualkan pada bulan Jun 2023 di Vientiane, Lao PDR.Aktiviti ASEAN-U.S. IPC Task Force akan menyumbang kepada ASEAN Health Cluster 2 Work Programme 2021-2025 khususnya di bawah Health Priority 8 berkaitan Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit (Prevention and control of communicable diseases), emerging infectious diseases, neglected tropical diseases dan penyakit zoonosis (zoonotic diseases).





