Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal, Bahagian Perkembangan Perubatan selaku sekretariat utama National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) beserta Sektor Kawalan Zoonosis, Bahagian Kawalan Penyakit telah menghadiri perbincangan secara dalam talian bersama pasukan penyelidik daripada IMU University, Universiti Sultan Zainal Abidin, UKM Medical Molecular Biology Institute, Monash University Malaysia, University of Surrey dan Brunel University London, bagi meneliti kertas cadangan penyelidikan pada 17 September 2025. Perbincangan ini telah turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, KPKM, Unit Mikrobiologi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Pakar Perubatan Pediatrik Penyakit Berjangkit, Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Penyelidikan ini akan dipohon bawah geran penyelidikan “Transdisciplinary Research To Tackle Antimicrobial Resistance UK Research And Innovation (UKRI) Funding Scheme Application” bertajuk One Health AMR Futures: Harnessing AI for Global Detection, Prediction and Preparedness yang diketuai oleh pasukan penyelidik University of Surrey (United Kingdom) dan IMU University selaku ketua penyelidik bersama.
Penyelidikan ini merupakan inisiatif dalam survelan Antimicrobial Resistance (AMR) yang menggunakan pendekatan One Health dalam sektor kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran, melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Sokongan KKM dalam penyelidikan ini yang merupakan salah satu inisiatif komplementari dalam aktiviti survelan AMR menunjukkan komitmen KKM dalam melaksanakan One Health Integrated Surveillance System yang merupakan salah satu agenda utama yang turut dibincangkan di peringkat WHO dan NARC.

