Hospital Tuanku Ampuan Afzan dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, CKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Survelan Penjagaan Luka Peringkat Negeri Pahang di Bilik Nilam Pusat Rawatan Harian HTAA pada 30hb Januari 2023. Bengkel yang dihadiri oleh wakil Pasukan Penjagaan Luka hospital-hospital di negeri Pahang ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian penjagaan luka tahun 2021 dan memberi update berkaitan survelan yang terkini. Pengurusan data survelan yang efisien dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan atau intervensi.