Bengkel Penyelarasan Pengumpulan Data dan Audit Program Kawalan Infeksi Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025

Pada 25 September 2025, Unit Kawalan Infeksi telah dijemput sebagai penceramah bag Bengkel Penyelarasan Pengumpulan Data dan Audit Program Kawalan Infeksi Peringkat Negeri Selangor. Bengkel anjuran Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya. 

Para peserta bengkel adalah anggota Unit Kawalan Infeksi Hospital di seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan dan Jururawat Kawalan Infeksi. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota dalam pengumpulan data terutamanya MDRO Surveillance di hospital masing-masing bagi memastikan kualiti dan ketepatan data yang dihantar ke peringkat JKN dan KKM.