BENGKEL PENYEDIAAN BUKU GUIDELINE PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN PENYAKIT BERJANGKIT (PKRPB)

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah sebagai agensi focal point dalam pengurusan bencana di Malaysia. Bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan jentera pengurusan bencana dan menyediakan satu pelaporan dokumen standard penyediaan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) PKRPB untuk kegunaan dan panduan pada masa hadapan akan dibangunkan. Bengkel pertama SOP PKRPB telah diadakan pada 15-17 Disember 2021. Bengkel kedua telah diadakan pada 30 Mei sehingga 2 Jun 2023, bertempat di De Baron Resort, Langkawi, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk memuktamadkan draf SOP PKRPB ini. Bengkel telah dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi seperti wakil dari Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, wakil dari jabatan kesihatan negeri, hospital dan klinik kesihatan KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan Negeri Selangor, dan MARDI Corporation Sdn. Bhd. Dr Feroza Sulaiman, Dr Nor Farah Bakhtiar dan Matron Suhaily Othman mewakili Unit Kawalan Infeksi telah menghadiri bengkel tersebut bagi menyediakan input berkaitan pencegahan dan kawalan infeksi dalam pembangunan SOP PKRPB tersebut.