BENGKEL PENULISAN PELAN TINDAKAN MALAYSIAN ACTION PLAN ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE (MyAP-AMR) 2022 – 2026

Kementerian Kesihatan Malaysia bersama kementerian dan agensi yang berkaitan telah memuktamadkan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022-2026 iaitu kesinambungan dan penambahbaikan kepada pelan tindakan pertama iaitu MyAP-AMR 2017-2021.
Oleh yang demikian, Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan selaku sekretariat National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022 -2026 pada 29-30 September 2022 yang telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi berkaitan.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan dan menyelaras draf dokumen pelan tindakan MyAP-AMR yang telah dibangunkan melalui beberapa siri bengkel yang lalu. Bengkel ini turut membincangkan mengenai perancangan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik 2022 dimana kumpulan sasaran bagi program tahun ini melibatkan komuniti dan orang awam.