BENGKEL PENGEMASKINIAN MANUAL POINT PREVALENCE SURVEY (PPS) FOR HEALTHCARE ASSOCIATED INFECTIONS (HCAI) DAN OUTBREAK MANAGEMENT IN HOSPITAL SETTINGS

Pada 15-16 April 2025 telah berlangsung Bengkel Pengemaskinian Manual Point Prevalence Survey (PPS) for Healthcare Associated Infections (HCAI) dan Outbreak Management in Hospital Settings yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Bengkel ini bertujuan untuk meneliti serta menambah baik manual PPS HCAI berdasarkan garis panduan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain itu, bengkel ini akan memperhalusi aspek berkaitan pengurusan serta pelaporan wabak terutamanya AMR organisms yang berlaku di hospital bagi memastikan strategi pengurusan wabak dapat ditambah baik.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Pakar Mikrobiologi Klinikal, Pegawai Perubatan Kawalan Infeksi dan Jururawat Kawalan Infeksi daripada beberapa buah hospital. 

Di akhir bengkel ini, kedua-dua garis panduan dapat dikemas kini dan draf akhir akan ditambah baik sebelum dimuktamadkan untuk digunapakai di fasiliti kesihatan seluruh negara.