Bengkel Pembangunan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022 -2026 Fasa Kedua

Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2017 -2021 telah dibentuk bertujuan untuk menangani isu kerintangan antimikrobial atau antimicrobial resistance (AMR) di negara ini. Bagi meneruskan usaha berterusan dalam mengekang peningkatan AMR di negara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama kementerian dan agensi yang melibatkan pelbagai sektor kesihatan manusia, kesihatan haiwan serta alam sekitar membangunkan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022-2026 iaitu kesinambungan dan penambahbaikan kepada pelan tindakan pertama.

Satu bengkel pembangunan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022 -2026 fasa kedua telah dianjurkan pada 14 – 16 Ogos 2022 bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre.

Objektif bengkel adalah untuk menilai pencapaian program One Health AMR semasa di bawah Malaysian Action Plan AMR 2017-2021. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengkaji semula strategi dan Malaysian Action Plan (MyAP-AMR) yang akan datang mengikut situasi di Malaysia dan rekomendasi dari saranan dari badan antarabangsa.