Pada 2-3 Mac 2026, Bengkel Pembangunan General Guideline on Reprocessing of Single-Used Devices in Hospital Settings telah diadakan di Kompleks E, Putrajaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Kejururawatan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Pakar-pakar perubatan mikrobiologi klinikal, penyakit berjangkit, serta wakil daripada Unit Kawalan Infeksi dan Respiratory and Haemodynamic Unit.
Bengkel ini bertujuan mewujudkan garis panduan nasional yang komprehensif dan seragam, bagi membimbing hospital dalam merangka dasar, prosedur operasi standard dan mekanisme pemantauan yang selaras dengan standard keselamatan yang ditetapkan dalam pemprosesan semula peranti guna sekali yang diguna semula. Kumpulan I- Governance and Policy
Kumpulan II- Clinical Risk, IPC & Safety
Kumpulan III- Operational Workflow & QMS
Bengkel ini telah berjaya menghasilkan deraf pertama General Guideline on Reprocessing of Single-Used Devices in Hospital Settings yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan (JKKIAK) akan datang.


