Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) merupakan sejenis Multidrug resistant organism (MDRO) yang dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan global yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan stakeholder untuk mengawal penularannya.
Pada 21 Mac 2023, bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan, Bengkel Management of CRE in Health Care Setting Zon Selatan telah dijalankan dan dihadiri oleh pasukan kawalan infeksi hospital yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan dan jururawat kawalan infeksi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta berkaitan pengurusan kes CRE termasuk identification, strategies to prevent transmission and surveillance. Langkah-langkah kawalan infeksi yang berkesan sangat penting untuk mencegah kejadian wabak di hospital -hospital, seterusnya mengurangkan kejadian antimicrobial resistance (AMR).