Pada 10 Disember 2025, suatu bengkel untuk membincangkan draf cadangan kajian berkaitan tingkah laku dalam isu menangani Antimicrobial Resistance (AMR) telah dijalankan. Susulan daripada perbincangan cadangan yang terdahulu, Program Perubatan bersama Institut Pengurusan Tingkah Laku, Institut Kesihatan Negara telah menyenaraipendekkan sebanyak 5 kajian, berkaitan dengan literasi kesihatan dan tingkah laku dalam pelbagai sektor kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran.
Bengkel ini adalah penting untuk memastikan bahawa kajian tersebut menjawab persoalan para pemegang taruh mengenai pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan pelan tindakan MyAP-AMR pertama dan kedua, dengan mengenalpasti sains tingkah laku disebalik pencapaian negara setakat ini. Selain daripada pembentukan draf kertas cadangan, perbincangan mengenai keperluan perbelanjaan telah turut dibincangkan dalam bengkel ini.
Bengkel telah dijalankan secara perbincangan kumpulan bersama-sama Principal Investigator (PI) pada sesi pagi. Manakala pembentangan kepada Pengarah IPTK dan Timbalan Pengarah CPRSK telah dijalankan pada sesi petang, untuk kelulusan dan penambahbaikan. Lebih 20 orang peserta telah menyumbangkan input teknikal daripada Program Perubatan, Program Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan serta NAHRIM yang akan menjadi co-PI dalam kajian ini.




