Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan telah menghadiri Bengkel Interrupted Time Series (ITS) yang telah diadakan pada 30 Jun hingga 1 Julai 2025, bertempat di Institut Kesihatan NEgara (NIH), Setia Alam, Selangor.
Bengkel ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan difasilitasi sepenuhnya oleh pasukan pakar dari NIH. Program ini melibatkan penyertaan pelbagai pakar perubatan, pegawai farmasi serta wakil hospital-hospital utama seluruh negara termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Pulau Pinang, dan lain-lain.Interrupted Time Series (ITS) merupakan salah satu kaedah analisis statistik yang digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi kesihatan berasaskan data yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu. Penggunaan kaedah ini amat penting dalam membantu membuat penilaian berasaskan bukti terhadap program-program kesihatan yang dilaksanakan.


