Decontamination and Reprocessing of Medical Devices Task Force telah ditubuhkan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan (JKKIAK) Bil. 1/2023 dan berperanan dalam membangunkan dasar serta protokol berkaitan pemprosesan semula peranti perubatan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Bengkel kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan pada Disember 2024, bertujuan untuk memuktamadkan beberapa aktiviti yang telah dikenal pasti sebelum ini.
Bengkel kali ini telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan dihadiri oleh kira-kira 30 ahli task force yang terdiri daripada pelbagai pemegang taruh dalam bidang kesihatan. Sepanjang bengkel ini, dua aktiviti utama telah berjaya dimuktamadkan iaitu Review the list of high-level disinfectants in MOH formulary dan Review the technical specifications of various disinfectant wipes. Oleh itu, ahli kumpulan telah diberikan mandat untuk melaksanakan dua tugasan baharu iaitu protocols to address built environment requirements for decontamination and reprocessing areas serta develop guidelines (including a logbook) for privileging HCWs involved in the reprocessing of medical devices outside CSSU.
Diharapkan hasil daripada bengkel ini dapat memberikan panduan yang jelas kepada anggota kesihatan dalam memastikan proses dekontaminasi dan pemprosesan semula peranti perubatan dijalankan dengan selamat serta mematuhi standard yang ditetapkan. Bengkel susulan akan diadakan untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat direalisasikan sepenuhnya demi peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di Malaysia.





