ASEAN-US IPC Task Force Activity 8 Core Group Meeting

Healthcare Environmental Hygiene (HEH) telah dikenalpasti sebagai salah satu cabaran yang dihadapi di kebanyakan hospital serantau ASEAN. Bagi menangani isu kritikal ini, ahli Task Force (TF) bagi Activity 8: “Organize and Conduct Original Studies, Demonstration Projects, or Implementation Science Projects That Address IPC Challenges”, akan memperkenalkan inisiatif untuk menilai keberkesanan kaedah intervensi pencegahan dan kawalan infeksi (IPC), dalam meningkatkan kapasiti ASEAN Member States (AMS). Inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan ASEAN-US IPC Task Force Work Plan 2023–2025 yang dipersetujui oleh AHC2. 

Susulan mesyuarat teras ASEAN–US IPC TF yang telah diadakan pada 4 September 2025, suatu mesyuarat secara dalam talian telah diadakan pada 10 Oktober 2025 bagi memuktamadkan nota konsep bagi pelaksanaan kajian rintis projek yang bertajuk “Implementation of Demonstration Pilot Project to Address a Key IPC Challenge” . Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Unit Kawalan Infeksi BPP KKM, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr. Yasmin binti Mohamed Gani, US Centers for Disease Control and Prevention (US CDC), ASEC, serta HSP-TSEC.

Kajian rintis ini akan dilaksanakan pada suku akhir tahun tahun 2025 di dua buah hospital KKM yang terpilih, di mana hospital tersebut akan menggunapakai pakej HEH, yang terdiri daripada Self-Assessment Framework (HEHSAF), Hand Hygiene Self-Assessment Framework (HHSAF) tools, serta panduan pelaksanaan projek. Penggunaan pakej intervensi ini akan mengukuhkan keupayaan hospital dalam menilai amalan dan infrastruktur fasiliti semasa berdasarkan domain-domain yang telah ditetapkan dan melaksanakan tindakan penambahbaikan berdasarkan penemuan semasa penilaian tersebut.