Pada 30 Mei – 1 Jun 2023, Unit Kawalan Infeksi telah berpeluang untuk menghadiri APHM International Conference yang telah diadakan di KLCC Convention Centre. Persidangan APHM ke-29 ini adalah bertemakan “New Dynamics in Delivery of Healthcare” iaitu selaras dengan penyampaian penjagaan kesihatan yang sentiasa berevolusi.
Persidangan yang diadakan selama 3 hari tersebut memfokuskan terhadap tiga topik utama iaitu New Business Models in Delivery of Healthcare, Environmental, Social and Governance Goals (ESG) serta Patient Centric Hospitals.
Persidangan yang diadakan ini juga memberi peluang kepada para urus tadbir, petugas kesihatan dan pihak industri untuk berkongsi pendapat serta berbincang mengenai kemajuan terkini di dalam industri kesihatan.