Kursus ini bermula sebagai Post basic IPC yang berlangsung selama enam bulan. Ia telah dimulakan pada Julai 2007 di tiga institut latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada September 2022, program ini telah dinaik taraf kepada peringkat Diploma Lanjutan, dengan tempoh pengajian dipanjangkan kepada satu tahun. Kursus ini menyasarkan profesional kesihatan bersekutu, termasuk jururawat dan penolong pegawai perubatan, daripada fasiliti kesihatan awam dan swasta.
Pada 8 September 2025, wakil Unit Kawalan Infeksi telah dijemput sebagai penceramah bagi topik Infection Prevention and Control Management Framework kepada para pelajar ambilan September 2025.

