Pembangunan pelan tindakan pencegahan dan kawalan infeksi di peringkat nasional merupakan salah satu daripada sasaran yang ditetapkan oleh pihak WHO dalam Global Action Plan and Monitoring Framework on Infection Prevention and Control 2024-2030 dan dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2026.
Pada 14 Januari 2026, satu sesi perbincangan secara dalam talian bagi membincangkan skop, peranan, jangkaan output serta mekanisme pelaksanaan Strategic Direction Malaysia Action Plan on Infection Prevention and Control (MyAP-IPC) bersama peneraju (lead) Strategic Direction (SD).
Terdapat 6 SD yang diterajui oleh pakar perubatan penyakit berjangkit dan klinikal mikrobiologi, iaitu IPC Programme & Infrastructure, Multisectoral Coordination & AMR Integration, Workforce Capacity, Training, Career Pathways, Data for Action – Surveillance, Monitoring & Reporting, Advocacy, Behaviour Change & Communications, dan Research, Innovation & Technology. Manakala Unit Kawalan Infeksi CPRSK akan menerajui 2 SD, iaitu Political Commitment & Governance serta Collaboration, Partnerships & Stakeholder Support.
Cadangan pembangunan dokumen MyAP-IPC telah dibentangkan oleh Dato’ Dr. Dato’ Dr Suresh Kumar Chidambaram. Bersama para peneraju SD, perbincangan ini telah menetapkan pelan perancangan seperti analisis situasi IPC menggunakan SWOT Analysis, bengkel bersama pasukan teras, seterusnya pemuktamadan dokumen dengan persetujuan pengurusan tertinggi KKM.



