Pada 9 April 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama WHO Country Office Malaysia dan European Union telah mengadakan mesyuarat pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan kerintangan antimikrob (AMR) dalam sektor kesihatan manusia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr Mohd Azman Yaacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan Dr Rabindra Abeyasinghe, _WHO Representative to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr Suresh Kumar Chidambaram, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh.
Dengan matlamat untuk meningkatkan penglibatan kolektif dalam tindak balas terhadap AMR berdasarkan pemahaman bahawa AMR adalah tanggungjawab semua pihak, mesyuarat ini telah menghimpunkan para penyedia perkhidmatan perubatan swasta termasuklah persatuan pengamal perubatan, industri farmaseutikal, akademia dan makmal perubatan swasta.
Selain itu juga, pihak regulator turut serta dalam memberikan input dalam dialog antara pelbagai pihak ini dengan jumlah penyertaan sebanyak 70 orang.
Mesyuarat ini merupakan satu langkah monumental dalam kerjasama antara pelbagai pihak, antaranya dalam pengwujudan inisiatif kerjasama awam swasta ( public private partnership ) hasil daripada pertukaran pandangan daripada pelbagai pihak mengenai cabaran AMR.
Mesyuarat ini juga penting dalam usaha untuk menghasilkan mekanisme penyelarasan merentas sektor bagi pelaksanaan Malaysian Action Plan on AMR 2022-2066 yang lebih kukuh, terutamanya dalam aspek meningkatkan kesedaran ( awareness and education ) serta pelaksanaan survelan AMR yang lebih menyeluruh dan mampan merangkumi sektor awam dan swasta di masa hadapan.




