6th Quarterly Virtual Meeting ASEAN-U.S IPC Task Force 

6th Quarterly Virtual Meeting ASEAN-U.S IPC Task Force 

Bagi memperkukuh pelaksanaan program Pencegahan dan Kawalan Infeksi (IPC) di Asia Tenggara, Sektor Kesihatan ASEAN melalui ASEAN Health Cluster 2 (AHC 2) mengenai Responding to All Hazards and Emerging Threats, dengan kerjasama US Centers for Disease Control and Prevention (US CDC), telah menubuhkan Pasukan Petugas IPC ASEAN–AS (ASEAN-US IPC Task Force).

Penubuhan dan pengoperasian pasukan ini merupakan salah satu aktiviti utama di bawah Pelan Kerja AHC 2 (2021–2025). Aktiviti rasmi pasukan ini bermula pada 23 Mei 2023 dengan mesyuarat pertama di Singapura, di mana Pelan Kerja ASEAN–US IPC Task Force 2023–2025 telah disemak dan diterima pakai oleh Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD). Sekretariat Pasukan Petugas telah ditubuhkan pada Oktober 2023 dengan pembiayaan daripada Health Security Partners (HSP) sebagai rakan pelaksana US CDC.

Sehingga kini, wakil negara anggota ASEAN telah menyertai satu mesyuarat bersemuka (Julai 2024) dan lima mesyuarat maya (September 2023, Disember 2023, April 2024, November 2024, dan Jun 2025). Dalam siri mesyuarat ini, negara anggota berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan program IPC serta kemajuan aktiviti di bawah pelan kerja bersama.

Negara peneraju bagi pelaksanaan aktiviti teknikal ialah:

  • Kemboja (Aktiviti 5)
  • Singapura (Aktiviti 6)
  • Indonesia (Aktiviti 7)
  • Malaysia (Aktiviti 8)

Selepas penangguhan sementara pada awal tahun 2025, aktiviti pasukan petugas telah disambung semula pada Mei 2025, dan kini bergerak ke arah pencapaian sasaran menjelang akhir tahun.

Mesyuarat kali ke-6 ini bertujuan untuk:

  1. Memberikan kemas kini pentadbiran dan teknikal mengenai pelaksanaan Pelan Kerja 2023–2025;
  2. Membentangkan dan membincangkan ringkasan awal dapatan peringkat negara bagi Aktiviti 6, melibatkan temu bual dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Makmal Rujukan Kebangsaan (NRL) untuk menilai kapasiti mengesan serta bertindak balas terhadap carbapenem-resistant organisms (CRO);
  3. Membincangkan aktiviti yang akan dimasukkan ke dalam draf Pelan Kerja 2026–2030 di bawah komponen Coordination, Convening, and Network Strengthening.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil rasmi negara anggota ASEAN (AMS), wakil daripada US CDC, Sekretariat ASEAN, Sekretariat Pasukan Petugas IPC dan Health Security Partners (HSP). Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengambil bahagian aktif dalam mesyuarat ini sebagai negara peneraju Aktiviti 8 di bawah Pelan Kerja ASEAN–US IPC Task Force. Melalui platform ini, Malaysia berkongsi kemajuan pelaksanaan aktiviti nasional, cabaran serta cadangan hala tuju bagi memperkukuh jaringan serantau dalam bidang IPC.

Mesyuarat ini menegaskan semangat kerjasama antara ASEAN dan Amerika Syarikat dalam memperkukuh keupayaan IPC di rantau ini, selaras dengan matlamat global untuk memperkukuh sistem kesihatan, menangani ancaman antimicrobial resistance (AMR) dan meningkatkan keselamatan pesakit di fasiliti kesihatan.