Mesyuarat Penyelarasan Medium Term ASEAN One Health Joint Plan of Action (AOH JPA) 2025-2030 Syaza
Mesyuarat Penyelarasan Medium Term ASEAN One Health Joint Plan of Action (AOH JPA) 2025–2030 telah diadakan dalam talian bagi membincangkan input teknikal dan persetujuan agensi untuk menerajui aktiviti yang bersesuaian. Ini adalah susulan pembentangan AOH JPA dalam Mesyuarat First ASEAN One Health Network (AOHN) yang telah berlangsung pada 5-7 Ogos 2025 yang lalu, di mana Indonesia selaku negara peneraju telah memohon kerjasama setiap Negara Anggota (AMS) untuk mengenalpasti dan mengetuai (Lead Country) sekurang-kurangnya 3 hingga 4 aktiviti utama bagi memastikan kelancaran implementasi pelan ini.
AOH JPA merupakan pelan yang dibangunkan susulan ASEAN Leaders’ Declaration on One Health Initiative yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pada Mei 2023. Pelan ini diselaras melalui ASEAN One Health Network (AOHN) dan dibangunkan secara berperingkat selaras dengan panduan pelaksanaan Quadripartite One Health Joint Plan of Action, merangkumi analisis situasi, mekanisme penyelarasan pelbagai sektor, perancangan pelaksanaan, pelaksanaan serta semakan dan perkongsian pembelajaran.
Mesyuarat yang dihadiri wakil pelbagai sektor daripada KKM, KPKM dan NRES telah meneliti draf Medium Term AOH JPA dengan berfokuskan fasa perancangan pelaksanaan, susulan pelaksanaan awal yang telah bermula melalui pengoperasian AOHN dan pelaksanaan beberapa aktiviti pelan jangka pendek. Pelan ini turut menggunapakai pathways of change yang bersesuaian dengan konteks ASEAN dengan mengambil kira inisiatif, rangka kerja dan struktur sedia ada di peringkat serantau.
Wakil Unit Kawalan Infeksi CPRSK telah menyumbang input untuk aktiviti 2.6: To monitor the implementation of ASEAN Strategic Framework to Combat Antimicrobial Resistance through One Health Approach, di mana Monitoring and Evaluation of the ASF – AMR – Framework and Indicators telah diluluskan oleh ASEAN Contact Points for Antimicrobial Resistance (ACP-AMR), kumpulan teknikal berkaitan serta SOMHD, SOM-AMAF and ASOEN bawah kepemimpinan Thailand dan Singapura.



