Pada 16-18 Disember 2025, Dr. Nor Farah Bakhtiar, Dr. Sara Sofia Yahya dan Dr. Farah Syazana Aspar telah menghadiri mesyuarat kluster kesihatan ASEAN 2 Ke-10 secara dalam talian. Ketua delegasi Malaysia dalam mesyuarat yang diadakan di Chiang Mai, Thailand ini ialah Timbalan Pengarah (Survelan Penyakit) Bahagian Kawalan Penyakit, Dr. Nor Zahrin binti Hasran.
Antara agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan isu-isu berbangkit daripada mesyuarat mesyuarat peringkat tinggi ASEAN pada 2024 dan 2025 seperti sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan ke-47, 19th ASEAN SOMHD and Related Meetings serta 9th Meeting of ASEAN Health Cluster 2 di Pattaya. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan progres pelaksanaan Work Programme 2021-2025 Of Asean Health Cluster 2.
AMR dan IPC merupakan antara bidang keutamaan dalam AHC 2, dengan pencapaian Malaysia dalam pengukuhan pendekatan One Health dan penganjuran mesyuarat pertama ASEAN One Health Network, dalam mewujudkan dan mengukuhkan penyelarasan dan perkongsian maklumat untuk pencegahan, pengesanan, dan kawalan penyakit.
Inisiatif penting lain adalah persetujuan untuk memuktamadkan pelan tindakan, ASEAN One Health Joint Plan of Action Medium-Term 2025-2030, menekankan penglibatan sektor alam sekitar, menyedari kepentingan perubahan iklim dan impak terhadap kesihatan, seterusnya memperkasakan ketahanan kesihatan serantau dalam menghadapi perubahan dan ketidakpastian.
Mesyuarat ini telah menyaksikan kepimpinan pengerusi bersama Thailand and Vietnam, penyertaan Timor Leste sebagai negara ahli terbaharu ASEAN, sumbangan konstruktif serta penglibatan aktif daripada negara ahli dan rakan-rakan ASEAN dengan penyelarasan yang sistematik dan efisien oleh pihak ASEC.





