TOKYO ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR) ONE HEALTH CONFERENCE

Pada 18 sehingga 19 Februari 2025, Unit Kawalan Infeksi telah berpeluang untuk menyertai Tokyo AMR One Health Conference 2025 yang diadakan di TKP Shimbashi Conference Center di Tokyo, Japan. 

Persidangan anjuran Public Health Service Bureau of the Japanese Ministry of Health, Labour and Welfare dengan kolaborasi WHO Regional Office for the Western Pacific

dan WHO Regional Office for the South-East Asia.  Persidangan ini juga disokong oleh World Organisation for Animal Health (WOAH), Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), dan United Nations Environment Programme (UNEP). 

Persidangan dihadiri oleh pegawai dari kementerian yang berkaitan dengan One Health, seperti Kementerian Kesihatan, Pertanian, dan Alam Sekitar di negara-negara rantau Asia-Pasifik, penyelidik dan profesional kesihatan di institusi kebangsaan dan serantau serat individu yang bertanggungjawab ke atas AMR dalam organisasi antarabangsa dan organisasi lain.

Objektif persidangan pada tahun ini adalah untuk:

  1. menyediakan platform bagi negara-negara di rantau Asia-Pasifik untuk mengenal pasti dan menangani cabaran yang ditimbulkan oleh AMR secara bersama;
  2. berkongsi kemajuan dalam pelaksanaan, pengemaskinian, pemantauan dan penilaian Pelan Tindakan Nasional AMR mengikut pendekatan One Health di rantau Asia-Pasifik;
  3. berkongsi dan membincangkan kemajuan yang telah dicapai oleh empat kumpulan kerja ASPIRE pada tahun 2024 serta merancang aktiviti untuk tahun 2025; dan
  4. memanfaatkan momentum yang telah dicipta semasa mesyuarat AMR peringkat tinggi pada tahun 2024 serta mengenal pasti tindakan dan metodologi keutamaan di peringkat negara dan serantau untuk mencapai sasaran dan matlamat yang dinyatakan dalam:
  1. Resolusi global “AMR: accelerating national and global responses” WHA77.6,
  2. Joint Position Paper on “AMR in the human health sector in the Asia-Pacific region”,
  3. “Political Declaration” of the UNGA-HLM on AMR, and
  4. “Jeddah Commitments” from the 4th Ministerial Conference on AMR.

Semasa sesi persidangan tersebut, sesi pembentangan poster juga diadakan di mana Malaysia berkesempatan mempamerkan aktiviti dan pencapaian AMR di Malaysia. Malaysia juga terlibat dalam perbincangan ASPIRE kumpulan kerja WG2 (Health-care management) di mana perbincangan memfokuskan;  latihan tenaga pengajar mengenai penilaian risiko dan tindak balas kesihatan awam terhadap wabak AMR dalam fasiliti kesihatan, peningkatan keupayaan anggota kesihatan dan pegawai kesihatan awam berdasarkan panduan WPRO dan kemungkinan kerjasama masa depan untuk memperkukuh keselamatan kesihatan awam serantau dalam menangani wabak AMR.